MUSIC

Saturday, 6 February 2016

LATAR BELAKANG KESULTANAN MELAYU MELAKA



Menurut Kesultanan Melayu Melaka, Parameswara yang dilahirkan sebagai Dharmaraja adalah Raja Singapura terakhir yang berasal dari keturunan Srivijaya. Pada tahun 1324, seorang putera Srivijaya dari Bentan bernama Sang Nila Utama telah menawan Temasik dan menubuhkan kerajaan Singapura lama. Baginda memerintah selama 48 tahun dan diiktiraf sebagai Raja Singapura oleh satu utusan dari Maharaja China pada tahun 1366. Baginda secara rasmi bergelar Sri Maharaja Sang Utama Parameswara Batara Sri Tri Buana, Batara Sri Tri Buana bermaksud "Yang Dipertuan kepada tiga dunia" melambangkan kekuasaan baginda ke atas Palembang, Bentan dan TemasikTerdapat tiga orang lagi Raja dari keturunan baginda yang memerintah Singapura iaitu, Paduka Sri Pekerma Wira Diraja (1372 – 1386), Paduka Seri Rana Wira Kerma (1386 - 1399) dan yang terakhir Paduka Sri Maharaja Parameswara (1399 - 1401). Pada 1401, kerajaan Majapahit menyerang Singapura dengan bantuan Bendahara yang belot, Sang Rajuna Tapa. Parameswara telah berjaya melarikan diri menuju ke pantai barat Semenanjung Melayu untuk membuka ibu negeri yang baru.
 
         Parameswara ialah seorang raja Palembang yang menggantikan ayahandanya, Raja Sam Agi. Beliau diserang oleh Raja Jawa, Batara Tamavill, sewaktu beliau menggelarkan dirinya sebagai Mjeura ("orang yang berani"). Ekoran daripada itu, beliau melarikan diri ke Singapura. Setelah membunuh wakil Raja Siam (bernama Temagi) di Singapura, Parameswara menjadi pemerintah palsu pada satu tempoh yang tidak lama kerana beliau telah diserang dan dihalau oleh pihak Siam tidak lama selepas itu. Dengan seribu pengikutnya, beliau menuju ke pantai barat Semenanjung Melayu untuk mencari tempat perlindungan yang baru. 

  Menurut Sejarah Melayu yang dikarang oleh Tun Sri Lanang pada tahun 1565, Parameswara melarikan diri ke Muar tetapi diganggu oleh biawak yang tidak terkira banyaknya. Penetapan di tempat yang kedua di Kota Burok juga gagal kerana kubu pertahanan yang mereka cuba mendirikan runtuh dengan serta merta. Kemudian Parameswara berpindah ke Sening Ujong. Setelah berada di sana, beliau melantik seorang menteri untuk mewakili dirinya dan kemudiannya beliau tiba di Sungai Bertam, iaitu suatu kawasan persisiran pantai. Ketika itu, orang-orang Seletar mendiami di situ dan mereka meminta Parameswara menjadi raja.
Semasa berburu di muara Sungai Bertam, Parameswara ternampak seekor pelanduk menendang salah seekor daripada anjing-anjing pemburunya. Parameswara tertarik dengan kegagahan pelanduk itu lalu beliau memutuskan membina sebuah penempatan di kawasan tersebut. Selepas menanyakan nama pokok (Pokok Melaka) yang diteduhnya, Parameswara menamakan tempat itu "Melaka".

  " selain itu melaka tempatnya sangat strategik dari segi perdanggang,melaka berkembang sehingga muncul sebagai pusat perdaganggan di kepulauan melayu.Pada abad Ke-15,kerajaan kesultanan melayu melaka menjadi sebuah kerajaan yang kuat di asia tenggara.Apabila parameswara memeluk agama islam ramai pedangang islam dari timur tengah datang berdagang di melaka.Pada 1405,melaka mula menjalainkan hubungan diplomatic dengan china.hubungan diplomatic ini membolehkan melaka berkembang pesat dan mmebebaskan dirinya dari ancaman siam.Melaka muncul sebagai sebuah empayar besar yang melibat dalam mengendalikan kegiatan perdagangan entrepot,pusat penyebaran agama islam dan pusat persinggahan pedagsng yang terkemuka di Asia Tenggara.Selepas penaklukan portugis pada tahun 1511,tradisi kesultanan melaka telah diwarisi oleh kesultanan johor lama yang berkembang selepas tahun 1520-an.Kewujudan kerajaaan kesultanan melayu melaka dianggap penting dalam sejarah awal malaysia kerana di sinilah bermula tradisi institusi ebraja yang diwarisi oelh kerajaan-kerajaan yang muncul kemudian di tanah melayu.Tradisi intistusi beraja ini kekal dalam sistem pemerintahaan sebagai warisan peninggalan melaka"


FAKTOR KEGEMILANGAN KESULTANAN TANAH MELAYU MELAKA
1.EKONOMI         2.GEOGRAFI          3.POLITIK          4.PENTADBIRAN
                    
         EKONOMI                                                                             GEOGRAFI                                                                     
*Pusat perdagangan entreport                                          *Tengah-tengah jalan perdagangan Timur dan Barat   
* Adanya kemudahan-kemudahan yang perlu           *Perlabuhan yang terlindung
*Mempunyai sumber asli seperti rempah-ratus        *Jalan masuknya cukup dalam dan sesuai untuk
*harga berpatutan                                                                     kapal-kapal besar berlabuh
                                                                                   *kedudukan stratergik untuk pertahanan 
                                                                                                         *Terlindung dari angin monson-TL dan BD
  
POLITIK DAN PENTADBIRAN
  •  Sistem undang-undang adil,undang-undang laut melaka dan hukum kanun melaka
  •  Sistem pungutan cukai yang baik,diurus oleh Syahbandar dan sistem matawang
  •  Isalam dijadikan agama rasmi     
                                              KESELAMATAN
  • Hubungan yang baik dengan negeri cina -selamat dari ancaman siam dan majapahit
  • Sistem pertahanan yang kuat dan dibantu oleh orang ramai.


 STRUKTUR PENTADBIRAN DI MELAKA  
  1. SULTAN
  2. PEMBESAR 4-BENDAHARA,TEMENGGUNG ,LAKSAMANA&PENGHULU BENDAHARI
  3. PEMBESAR 8-SYAHBANDAR &PEMBESAR YANG DIGELAR SERI
  4. PEMBESAR16-DIGELAR RAJA
  5. PEMBESAR 32- PEMBESAR PERINGKAT RENDAH

JAWATAN                                                       FUNGSI
1.BENDAHARA                                               *ketua pentadbiran negara
2.PENGHULU BENDAHARI                        * menjaga kewangan dan menguruskan perbelanjaan negeri
3.TEMENGGUNG                                          *menjaga keselamatan negara
4.LAKSAMANA                                              *menjaga perairan negara

                                        KESULTANAN MELAKA 

                       TEMPOH                                       SULTAN
                     1)1400-1424                                   Sultan Iskandar Shah
                     2)1424-1444                                   Sultan Muhammad Shah   
                     3)1444-1445                                   Sultan Abu Syahid
                     4)1445-1459                                   Sultan Muzaffar Shah
                     5)1459-1477                                   Sultan Mansur Shah
                     6)1477-1488                                   Sultan Alauddin Riayat Shah 
                     7)1488-1511                                   Sultan Mahmud Shah

Pembesar peringkat negeri diberi kuasa mentadbir sesuatu kawasan tertentu yang dikenali sebagai lawasan pegangan.mereka mempunyai kuasa autonomi dari sedi ekonomi dan politik di wilayah itu .         

RUJUKAN DARI: BUKU PENGJAIAN MALAYSIA DUB1012
                      (PENSYARAH JABATAN PENGAJIAN MALAYSIA POLITEKNIK KOTA KINABALU )                                

7 comments:

  1. thanks fo your detail about this thing..i just..interesting about this info..and i finished my work..please make/write another history..thank you for your hard work about this historical..i love it

    ReplyDelete
  2. The best block thanks for information

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete